PROSES P & P

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) :

            Untuk mengajar nyanyian kepada kanak-kanak.bukanlah sesuatu yang mudah.  Ia hanya menjadi mudah apabila guru itu sendiri yang memudahkan segalanya. Kerana itulah seorang guru muzik perlu kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajarannya.  Hasilnya sudah tentulah berbaloi....  

            Mengajar subjek Pendidikan Muzik memang memenatkan.  Sudah tentu sekali pengalamannya tidak sama seperti mengajar Bahasa Melayu atau Matematik.  Sebagai guru muzik, anda perlu turunkan tahap anda sama level dengan usia mereka.  Ini untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan kita !  Dapatan berikut mungkin boleh memberi sedikit tips kepada anda untuk mengajar topik nyanyian di dalam kelas.

Beberapa perkara berikut perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum memulakan P&P anda  :

1.  Pilihan lagu.  Lagu yang dipilih mestilah mudah dinyanyikan di mana melodi, irama dan liriknya tidak terlalu kompleks kepada para pelajar.  Walau bagaimanapun lagu-lagu yang terdapat di dalam buku atau CD KBSR atau KSSR yang digunapakai di sekolah-sekolah sekarang ini adalah lagu-lagu yang mudah.  Jadi, tiada masalah untuk itu.

2.  Mainkan lagu yang hendak diajarkan itu sekali, sambil meminta para pelajar mendengar lagu tersebut secara aktif.

3.  Mainkan sekali lagi lagu tersebut, kali ini minta murid menyanyikan sekali melodinya dengan volume yang perlahan, dalam bentuk humming.

4.  Ulangi lagi proses tersebut 2 hingga 3 kali supaya mereka biasa dengan melodinya.


5.  Hentikan muzik dan arahkan murid mendengar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan