NOTA

PROSES MENYANYI   :


Proses ini melibatkan 3 bentuk major pembelajaran  :

1.   Kognitif - (Pengetahuan)

2.   Psikomotor - (Kemahiran)

3.   Afektif  - (Perasaan dan Sikap)


ALAT VOKAL  :





POSTUR BERDIRI YANG BETUL KETIKA MENYANYI  :


1.  Kedudukan kaki terbuka sedikit, sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang.  Berat badan dibawa ke hadapan sedikit dan bukan di atas tumit kaki.

2.  Lutut dalam keadaan fleksibel, longgar dan tidak terkunci.

3.  Kedudukan pinggul adalah ke hadapan sedikit.

4.  Kedudukan dada hendaklah ditinggikan, tetapi tidak dalam keadaan tegang.  Ketika menarik nafas, dada tidak bergerak ke atas dan ke bawah.

5.  Lengan jatuh dalam keadaan selesa.

6.  Tangan dalam keadaan selesa, tidak menyeluk poket dan sebagainya.

7. Kedudukan dagu separas dengan lantai.



POSTUR DUDUK KETIKA MENYANYI  :


Antara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk ialah  :

1. Bahagian badan hingga kepala, keadaannya sama seperti ketika berdiri.

2.  Bahagian belakang badan tidak dalam keadaan bersandar.

3.  Pinggul terletak di tengah-tengah kerusi.

4.  Kaki diletakkan di atas lantai dengan sebelah kaki berada di hadapan sedikit.

5.  Tangan diletakkan di atas paha.


PENGAWALAN PERNAFASAN  :

Untuk menghasilkan nyanyian yang berkualiti, pengawalan pernafasan adalah sangat penting untuk dipraktikkan.Terdapat EMPAT  fasa pengawalan pernafasan.  Ianya adalah seperti berikut  :

1. Menarik nafas.

2.  Menggantungkan nafas  (suspension ).

3.  Menghembus nafas (phonation ).

4.  Pulih semula ( recovery ). 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan